BANTUAN BERTERUSAN MAIPk IBARAT ‘TONIK’ BUAT NORZITA
Bermula sebagai penerima bantuan dan bimbingan, kini Norzita Hamid bersama suami berjaya mengembangkan perniagaan katering sehingga mampu menjana pendapatan yang lebih stabil serta menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.
Melalui Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf seperti Program Proper A dan Mentor-Mentee, MAIPk terus komited membantu asnaf membina kehidupan yang lebih baik dan berdikari. Kisah kejayaan ini membuktikan bahawa zakat bukan sekadar membantu memenuhi keperluan semasa, malah menjadi pemangkin kepada perubahan kehidupan yang lebih mampan.
Semoga kejayaan yang dikecapi menjadi inspirasi kepada lebih ramai asnaf untuk terus berusaha dan memanfaatkan peluang yang disediakan demi meningkatkan taraf kehidupan diri dan keluarga.
Terima kasih pembayar zakat.








