• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

MAIPk TEROKA KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA SINAR HARIAN

IPOH, 10 Jun 2026 - Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan sesi perbincangan bersama Sinar Harian bagi meneroka peluang kerjasama strategik dalam memperkukuh hebahan dan perkongsian maklumat berkaitan program, inisiatif serta perkhidmatan yang dilaksanakan oleh MAIPk.

Sesi perbincangan tersebut telah diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tuan Syamsul Hazeman bin Md Salleh, manakala delegasi Sinar Harian diketuai oleh Ketua Pengarang Sinar Harian, Encik Zamri bin Ramli.

Melalui kerjasama strategik ini, MAIPk berharap lebih banyak kisah inspirasi dan manfaat hasil sumbangan zakat serta wakaf dapat diketengahkan kepada masyarakat, sekali gus meningkatkan kefahaman dan memperkukuh keyakinan awam terhadap peranan institusi zakat dan wakaf dalam pembangunan ummah di Negeri Perak.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.